Tuesday 26 November 2013

Tawakal ber TTC



Salam..! hehe

Last entry adalah sesi meluahkan perasaan, emosi sangat iolz ni.. cethh.. so, seperti yang dijanjikan, aku nak share dengan mommies sekalian, apakah usaha yang aku buat selama setahun lebih kahwin ni untuk dapatkan zuriat.  Usaha tangga kejayaan, usaha keras..!! yeaahh bebehh.. ops, terlebih sudah.

Ok, untuk dalaman aku dah makan banyak supplement (ke?), perah otak jugak la nak ingat ape ke bendanya yang aku dah telan selama ni. Denyut-denyut urat kepala.




1.                    Folic Acid– untuk sesiapa yang merancang nak dapatkan anak cepat or nak buntang bunting pelamin, elok sangat la start makan pil ni  3 bulan sebelum kahwin lagi. Banyak kebaikannya, aku nak explain kat sini pun nanti berjela2 sangat, apa kata adik manisssss pi tanya abang Google... pi tanya pi... Aku makan pil ni setiap kali sebelum tidur, ada la miss jugeek kadang2 tu.. hehe itu biasa. Dah kahwin baru la aku tau pasal pil ni, rugi rugi rugi..



2.                   Flaxseed Oil – Mula-mula aku cari EPO, tapi ahkoq farmasi tu kata FSO lagi bagus dari EPO kandungan khasiatnya lebih banyak. So, aku tukar fikiran, dan beli FSO je. Kan aku dah kata, apa yang orang kata bagus, aku telan je. Hahahaha.. Anakkkk anakkk.. aku makan FSO ni lepas waktu lunch, tak berani nak makan sekali dengan Acid Folic. Atas nasihat ahli farmasi.




3.                   Buah Zuriat / Adam Hawa – Aku beli buah zuriat ni online je. Khasiat buah ni dapat menurunkan kadar kolestrol dalam badan sebenarnya. Aku pun tak pasti kenapa diberi nama buah zuriat. Tapi dah orang suggest kita try, menjadi kemestian untuk aku yang comel gila ni try..! Buah ni keras oi, hancur aku kerjakan. Aku tetak dengan parang sampai terpelanting..! Piiuunggg..!! hahahah... Rebus & minum, rasa macam gula merah yang tak manis. Payau uolz..



4.                   Debunga Kurma – Pemberian dari ibu mertua ku..! Thanks mummy. Mummy beli masa dia pergi umrah, aku kirim buah zuriat, tapi orang kat Mekah bagitau mummy, untuk kesuburan better try Debunga Kurma. Aku campur dengan susu kambing,then minum. So far, ok je, xde la plak bau pelik-pelik macam orang cerita. Yang aku baca & dengar, debunga kurma ni kalau nak makan just ambil hujung sudu kecil je.. Sikit sangat haaa. Nak pulak aku ni bangsa tak reti nak sabar amek menda sikit-sikit, aku letak je terus setengah tea spoon.. Bhahahah.. Sedaappp je..




5.                   Daun Bunga Raya – Haaa.. jangan pelik. Ini petua dari online friends yah. Dia share ngan kawan-kawan TTC, even dia sendiri cuba & sekarang dah bersalin pun. Blend dengan air sikit, then tapis & minum airnya. 1st time aku try, lepas je minum rasa macam sakit  perut, tapi tak lama la. And mungkin tak sesuai dengan aku, period aku terus jadi ting tong . Geng TTC yang lain lepas minum air ni so far period circle makin ok, ada yang conceive lagi. Alhamdulillah, rezeki diorang.Sesuai dengan badan kot.


6.                   Susu kambing & Kurma – Bagi yang TTC tegar macam aku mesti pernah dengar tentang minum susu kambing yang diblender sekali dengan kurma. Susu kambing fresh ok..!! Berjoget laki bini kena telan susu fresh..!! kelakar bila teringat balik. Hahahahaaii. Cara nya, suami isteri kena genggam 2 biji kurma setiap seorang, then masukkan dalam susu, blend & tuangkan dalam 2 cawan lepas tu minum. Terasa macam seekor kambing rodok masuk dalam tekak. Hahahah Wajib cuba..!




7.                   Buah Delima – Ini juga pemberian dari ibu mertuaku jugak, kalau nak harapkan menantu dia ni, pemalas betul nak cari. Bukan semua kedai buah ada ni. Leceh sikit nak makan sebijik-sebijik, tapi sedap jugak. Baik untuk kesuburan wanita.




8.                   Green Tea – Ini pun tunggu rajin baru buat. Selain baik untuk TTC, bole jugak untuk menurunkan berat badan. Nampak..? Tak payah la letak gula, kenyit-kenyit mata telan teh pahit ni.. Hahahaha




9.                   Anak Taugeh – Kalau ikutkan artikel yang aku baca, anak taugeh ni direbus & kita kena minum air rebusannya bermula dari hari pertama period sampai la hari subur.Apakan daya kawan korang ni acah acah je kalau buat kerja.. Poyo betul. Aku buat taugeh sendiri, tapi xrebus pun untuk minum hari2, aku buat makan dengan nasi je. Hehehe 




10.               Peria katak – Yes, i know. Bila sebut je peria mesti ada yang jelir lidah sambil bermonolog “eeii, pahit tu woi”. Tak pahit tak ubat la brader. Peria ni baik untuk wanita. Mengurangkan risiko untuk cyst & semua penyakit yang berkaitan dengan kilang rahim kita. For sure best for TTCians. Memula aku nak mengamuk jugak bila gigit peria ni, lepas tahu apa kebaikannya, dah jadi sayur wajib pulak .




11.               Jamu kampung – Aku dapat jamu ni dari makcik aku, dia buat sendiri. Salah satu bahan dalam jamu tu adalah manjakani. Makcik aku jadikan dia dalam bentuk pil bulat gentel-gentel .. Macam pil ciketek on tuuu... Untuk melancarkan darah , membersihkan Rahim, mengurangkan keputihan & bau keputihan, mengetatkan apa yang kena ketat tu. Dan aku rasa jamu ni berkesan. Hehehehehe...




12.               Air kunyit & telur kampung – Bila aku balik rumah mak aku, aku akan mintak mak aku buat air kunyit ni. TQ mak..! Rasa dia..? Manis-manis hanyir.. Ok laaa~ Untuk mengecutkan Rahim yang mengembang & also baik untuk kesuburan. Mak buatkan air ni masa aku baru-baru lepas keguguran. Aku akan story mory pasal keguguran aku kat entry lain yah.




13.               Susu Kambing Anugerah – And again, susu kambing ni pun pemberian dari Mummy, my mother in law.. Tak ada bau kambing langsung ok..! Lega. Aku campurkan debunga kurma tu dengan susu ni la. Sedap..! dah habis stok, kena pergi cari la ni.




14.               Susu Al-Khishbun & Hulba – Aku beli thru online, mula-mula memang meragukan, sebab tak pernah dengar kan..? siap Tanya dengan KMM lagi uolz.. Selidik punya selidik, so semuanya ok. Aku pun beli la. Aku tak ada masalah dengan susu2 ni, so ok je. Kuat rasa herba dalam susu ni, tapi aku rasa sedap..! botol 1staku minum ikut waktu, sebab sedapkan..? so, aku belikan jugak untuk incik Emsem aku. Mana boleh seorang je kena experiment macam-macam, dia pun kena! Ahahah.. Aku belikan dia perasa Cafe. Selain tu, para isteri ke beli sekali dengan Hulba, serbuk campuran herba arab untuk membersihkan Rahim.. meregularkan period. Makan tu kena campur dengan kurma atau dngan madu.  Alhamdulillah, berkat usaha & izin Allah, baru try sebotol setengah, aku pregnant. Tapi rezeki tu milik Allah, aku gugur bulan ke 2.. iolz redho.

 
Cukup dengan usaha menelan pelbagai benda untuk dalaman, aku still bertawakal dengan berurut. Setakat ini aku dah cuba berurut dengan 6 orang tukang urut di merata tempat. Ada yang best, ada yang sakit gila & ada yang tak rasa apa-apa. Hihihi..


1.                   Klang – Makcik ni orang panggil Bibik. Mungkin sebab area tu ramai yang berketurunan Jawa. Urutan dia best, sakit sikit je. Kakak sepupu aku yang kenalkan aku dengan Bibik. Adik ipar dia mengandung selepas urut dengan bibik, even ada saudara yang dah 15 tahun belum dikurniakan anak, lepas berurut dengan Bibik, sekarang dah ada anak sulung. Alhamdulilah, dengan izin Allah. Aku pergi sekali je, memang ada rasa perubahan. Tapi aku tak ada masa nak pergi berurut lagi. Jauh la.

2.                   Rawang – makcik ni duduk area rumah mak aku je. Urut dengan dia mula-mula tu sesaja nak sedapkan badan. Tapi alang-alang tu dia repair la apa yang patut, hahaha. Sakit oi, kuat tangan makcik ni. Umur dah 50 lebih, ke 60..? aku pun tak sure, tapi...!! baru lepas melahirkan anak bongsu dalam awal tahun ni.. Gempak tak gempak makcik ni.. Salute..!

3.                   Segambut – Yang ni makcik aku sendiri.. Aku panggil Bik Som.  Lepas keguguran hari tu baru aku tau yang Bik Som ni rupanya boleh mengurut Rahim.. Awat tak bagi tau awai2..!! Klo tak awal2 aku dah mintak dia urut.. Ceh.. Bik Som urut pun best, adalah sakit jugak. Dia la yang buat jamu kampung tu.Selain jamu untuk wanita, dia pun ada jamu yang boleh mengurangkan bau badan..! memang berkesan. Berpeluh kuat macam mana pun, bau badan tak ada pun.

4.                   Kuala Kubu Bharu – Mummy yang bawak aku pergi berurut rumah makcik ni, masa tu baru je berapa bulan selepas kahwin. Dia urut sakit oi, ayat yang aku ingat sampai sekarang “haaaa, nak jadi dah.. nak lekat dah ni”.. hahahaha tak lama lepas tu, terus aku kibarkan bendera jepun. Adoi, tak ada rezeki lagi.

5.                   Office – Kat opis aku ni ada seorang kakak cleaner dari seberang yang tahu mengurut. Time lunch je ada la orang yang booking servis dia tu. Dia ni lagi sorang, kemain sakit lagi dia tekan. Oiii.. tak tahan. Masa dia urut tu, aku still tak confident lagi yang aku pregnant. Kalau ikut yang dia kata, aku dah pregnant 2 bulan setengah.  Masa tu laa.. Hurmm.. nanti aku cerita ya. 

6.                   Keramat AU3 – Last but not least, aku berurut dengan Nek Mah. So far dalam ramai-ramai pengurut tu (lantak la bahasa), Nek Mah is my favourite. Dia peramah, & comel sangat..!! Kalau korang jumpa dengan dia, nanti korang tau la.. Hahaha Aku dapat tau pasal Nek Mah ni dari internet, kalau ikut testimony, Nek Mah ni memang power. Ramai yang dah mengandung, dengan izin Allah.  Setakat ni belum sampai rezeki aku lagi, tapi aku memang berniat nak pergi berurut dengan Nek Mah  again. Nek Mah urut rasa macam biasa-biasa je, rasa kuat sikit bila dia urut bahagia Rahim.. Kalau kat area lain tak terasa sangat, ye la, Nek Mah dah berumur 70 tahun dah pun kan


Setakat ni, aku tak ada plan nak cari tukang urut lain pulak, maybe im gonna continuing dengan Nek Mah. Komen-komen biasa yang diaorang bagi is peranakan senget, Rahim xcantik & bengkak, peranakan jatuh & tak kuat. Cuma Nek Mah & makcik kat opis tu je yang kata peranakan aku kuat, cantik & tak senget. Everything is normal, just rezeki je belum sampai. Apa-apa pun aku berserah pada Yang Maha Mengetahui.

Rezeki itu milik-NYA, siapalah aku nak pertikaikan. Tawakal sudehh..

Ada jugak yang Tanya, kenapa aku tak pergi ke klinik pakar wanita, jumpa doctor. Aku pernah pergi dah, doctor tu macam nak tak nak je layan aku. Katanya masih awal, yes, masih awal la nak cegah apa yang patut. Nanti dah kena macam-macam baru nak terhegeh-hegeh kah? Setakat ni 2 kali scan, doctor kata semua normal, tak ada apa-apa penyakit. Harapnya begitu la. Mintak dijauhkan uii..

Penat pulak buat karangan juta-juta perkataan nih..! Ahaai.. Itu je dapat aku share, tak sehebat pengalaman orang lain. Thanks baca sampai habis..!! Sayang korang.. Kalau ada apa-apa pendapat, please comment yah.. Ai tunggu ni toqq..
Kbhai

Salam..

 
YA ALLAH YA TUHAN KU, KASIHANILAH HAMBA MU INI. KURNIA KAN LAH KAMI ZURIAT YANG SOLEH DAN SOLEHA,
HANYA PADA MU TEMPAT AKU MEMOHON & BERSERAH
SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.
AMIN

Wednesday 23 October 2013

Almost A Year.. In Shaa Allah, Tak Lama Lagi.

Salam..!!

Hye..! blog yang macam nak xnk je hidupnye ni, mmg menjengkelkan.. baru 1 entry , terus hilang.. aaahahaha.. tu la, mengada tengok orang lain ada banyak blog, kita pun nak buat jugak.. hehe

Ok, talk bout TTC.. Im still in TTC's journey. Nak dibandingkan dengan insan senasib, usaha aku tak la seberapa. Macam- macam supplement aku telan, dah berapa ramai tukang urut aku jumpa, dah berapa kali aku jumpa doctor, rela diri di eksperimen kan. Aku akan ceritakan tentang usaha aku selama ni kat entry lain ok..

Well, usia perkahwinan memang baru nak mencecah setahun, tapi iktiar tetap iktiar..! Tipu la kalau aku kata aku tak fikir langsung pasal zuriat, mungkin ada masanya, itupun time tidur je.. hehe Setiap saat ye kawan2, setiap saat...

Aku happy bila tengok kawan-kawan lain dah pregnant, dah bersalin. Even ade yang xdengar cerita apa-apa tetiba dpt tau dah habis pantang pun.. Ajaib..! padahal rasa macam baru je orang tu kahwin.. Ahakss.. Rezeki dia. Alhamdulillah.. 

Tapi..

Sebenarnya aku xkuat.. Bukan dengki, bukan jeles or what so ever. Bila tengok ramai yang post kat MUKABUKU pasal hal maternity masing-masing, pasal baby masing-masing, and the good news, such as “HEY, IM PREGNANT ..!”. terus rasa diri xsempurna. AKU tak sempurna.

Memang tak ada orang yang sempurna dalam dunia ni, but as a wife. Zuriat adalah perkara yang wajib untuk aku mintak dalam setiap doa, ulang berkali-kali. Senget bebenau ler orang tu kalau kahwin tak mau anak. Mistimau..!!

Senang sangat orang nak kata, relax la, baru lagi kan..? Honeymoon dulu.. Enjoy datim-datim dengan hubby dulu, jangan fikir pasal anak. Macam mana aku nak buat2 donno pasal zuriat kalau hari2 nampak babies, preggy woman lalu lalang depan aku, and even bukak fb berdoyan-doyan hot mommies posing with their super cute babies..???? Aku faham, siapa lah aku nak pertikaikan rezeki dari Allah Yang Maha Besar Lagi Maha Agung. Tapi amat bersebab kenapa aku nak cepat ada zuriat. sobs...T_T

Be Positive RuRa..!! Kemooonnn..

Bukan salah mereka, tapi salah diri aku sendiri.  Aku jugak tak salahkan meraka-mereka yang sangat caring dengan kebuncitan aku yang amat menyerlah ini.. buncit itu hot gila kan..? 

Dah berisi ke..? Dah ada ke baby dalam tu..? Lamanya perut tu kosong..?????? TAK PANDAI BUAT LETTEEEWW... #itepukdahiulajulajuunakx..? Paling sadis, ehhh RuRa..!! Berape bulan dah ni...? Reaksi aku..? LAME RASANYA XBUAT SUP KAKI... puiiiiiiii

Tak apa lah, nak buat macam mana, mulut orang  kita tak bole nak stepler.. Inikan pulak nak jahit silang pangkah. Doakan lah yang baik2 untuk saya okay..?

Hampir setahun tapi tak nampak lagi tanda-tandanya.. Tak  apa lah, Allah lebih tahu.. apa yang terbaik untuk hambaNYA.. Mungkin condition me & beloved hubby belum sedia lagi untuk dipertanggungjawapkan menjaga anugerah TUHAN yang terindah itu..

Emosi sangat nampaknya ni.. Oh,  tideekk..

Ok lah, sampai sini saja.. Semoga doa aku & semua yang senasib dimakbulkan.. UOLZ, doakan WEOLZ k..?

 Lebiu so much..!! Salam..

Tuesday 21 May 2013

Bismillahirahmanirahim..

Salam..!!

Hye...! hehe..

Tetiba mak rasa nerbes pulak to started my new blog. Over sangat aku ni nak buat blog about my own TTC, orang lain TTC kemain lama baru buat blog.. Aku ni tak sampai setahun kahwin dah mengada.. Suke hati kite la keenn.. hahahaiii

Masa sebelum kahwin dulu, aku ni punye la teguh berangan kononnya nak buntang bunting pelamin uolz.. Bulan pertama kahwin asal pening sikit da feeling-feeling konon pregnant, hati dah bertaman botani pakej dengan rumah rama-rama. Ohh, pitamnye..

Tapi ape nak dibuat kalau memang rezeki aku belum sampai. Tiap-tiap bulan berharap period delay, tolong la delay... tolong la delay.. sila lah cuti selama 9 bulan.. Bila sampai masanya, mencurah-curah la ia bak paip bocor. ppuuhhhffffff..!!!

Sampai la hari ni masih berharap, tapi kurangkan perasaan "terlalu nak pregnant" sebab boleh buat jadi tension. Kalau tension macam mana nak pregnant oiiii... hahaha Setakat ni macam-macam jugak usaha aku buat, next entry nanti aku cerita ye..

Yang aku nak cerita kat uolz semua sekarang is,

Kenapa nama blog MY LITTLE TTC..?
Kenapa header gambar 4 orang budak botak dengan 3 helai rambut...?
Kenapa..? Kenapa..? Keenaaapaaa...?

MY LITTLE TTC

Kenapa little je..? Apesal bukan "my harder TTC" or "my super duper power TTC" or "my gile kentang TTC"...Aku pilih nama ni sebab aku rasa usaha TTC aku ni apalah sangat kalau dibandingkan dengan usaha TTCians kat luar sana yang dah kahwin 3, 5, 10, even 15 tahun tapi masih belum dikurniakan anak.. 

Tak seberapa lagi usaha aku setakat ni, tapi aku nak share kat semua. Bersyukurlah bagi mereka yang xsusah nak dapatkan anak. Asal proses je jadik.. laga bahu sikit, minggu depan da pregnant.. Untong laaaaa... Mungkin aku terlalu awal kalau nak bersedih bab zuriat ni, tapi tak salah kalau bermula dari awalkan..? Rezeki tu rahsia Allah, yang penting kita usaha.. Eh, aku emosi..



HEADER BUDAK BOTAK



4 budak botak ni simbolik kepada keinginan aku utk mendapatkan 4 orang anak kembar.. WOOWWW..!! hahahah Aku rase kartun tu kiut, aku pilih je la... tapi memang aku serius teringin pon.. krikkrik... krikkrik... krikkrik... tak bermotif sangat... 

Aku harap, blog ni dapat la share any tips for TTC, kalau ada yang salah, korang tolong la betol kan nanti.. Al maklum iolz ni budak baru, hingus meleleh tanpa henti lagi... hikhikhik...

Ok lah semua kesayangan hamba, cukup la sampai sini sesi perkenalan kita.. Jumpa lagi di entry yang lain..

MMUUAAHH..!! XOXO

Salam..