Tuesday 26 November 2013

Tawakal ber TTC



Salam..! hehe

Last entry adalah sesi meluahkan perasaan, emosi sangat iolz ni.. cethh.. so, seperti yang dijanjikan, aku nak share dengan mommies sekalian, apakah usaha yang aku buat selama setahun lebih kahwin ni untuk dapatkan zuriat.  Usaha tangga kejayaan, usaha keras..!! yeaahh bebehh.. ops, terlebih sudah.

Ok, untuk dalaman aku dah makan banyak supplement (ke?), perah otak jugak la nak ingat ape ke bendanya yang aku dah telan selama ni. Denyut-denyut urat kepala.




1.                    Folic Acid– untuk sesiapa yang merancang nak dapatkan anak cepat or nak buntang bunting pelamin, elok sangat la start makan pil ni  3 bulan sebelum kahwin lagi. Banyak kebaikannya, aku nak explain kat sini pun nanti berjela2 sangat, apa kata adik manisssss pi tanya abang Google... pi tanya pi... Aku makan pil ni setiap kali sebelum tidur, ada la miss jugeek kadang2 tu.. hehe itu biasa. Dah kahwin baru la aku tau pasal pil ni, rugi rugi rugi..



2.                   Flaxseed Oil – Mula-mula aku cari EPO, tapi ahkoq farmasi tu kata FSO lagi bagus dari EPO kandungan khasiatnya lebih banyak. So, aku tukar fikiran, dan beli FSO je. Kan aku dah kata, apa yang orang kata bagus, aku telan je. Hahahaha.. Anakkkk anakkk.. aku makan FSO ni lepas waktu lunch, tak berani nak makan sekali dengan Acid Folic. Atas nasihat ahli farmasi.




3.                   Buah Zuriat / Adam Hawa – Aku beli buah zuriat ni online je. Khasiat buah ni dapat menurunkan kadar kolestrol dalam badan sebenarnya. Aku pun tak pasti kenapa diberi nama buah zuriat. Tapi dah orang suggest kita try, menjadi kemestian untuk aku yang comel gila ni try..! Buah ni keras oi, hancur aku kerjakan. Aku tetak dengan parang sampai terpelanting..! Piiuunggg..!! hahahah... Rebus & minum, rasa macam gula merah yang tak manis. Payau uolz..



4.                   Debunga Kurma – Pemberian dari ibu mertua ku..! Thanks mummy. Mummy beli masa dia pergi umrah, aku kirim buah zuriat, tapi orang kat Mekah bagitau mummy, untuk kesuburan better try Debunga Kurma. Aku campur dengan susu kambing,then minum. So far, ok je, xde la plak bau pelik-pelik macam orang cerita. Yang aku baca & dengar, debunga kurma ni kalau nak makan just ambil hujung sudu kecil je.. Sikit sangat haaa. Nak pulak aku ni bangsa tak reti nak sabar amek menda sikit-sikit, aku letak je terus setengah tea spoon.. Bhahahah.. Sedaappp je..




5.                   Daun Bunga Raya – Haaa.. jangan pelik. Ini petua dari online friends yah. Dia share ngan kawan-kawan TTC, even dia sendiri cuba & sekarang dah bersalin pun. Blend dengan air sikit, then tapis & minum airnya. 1st time aku try, lepas je minum rasa macam sakit  perut, tapi tak lama la. And mungkin tak sesuai dengan aku, period aku terus jadi ting tong . Geng TTC yang lain lepas minum air ni so far period circle makin ok, ada yang conceive lagi. Alhamdulillah, rezeki diorang.Sesuai dengan badan kot.


6.                   Susu kambing & Kurma – Bagi yang TTC tegar macam aku mesti pernah dengar tentang minum susu kambing yang diblender sekali dengan kurma. Susu kambing fresh ok..!! Berjoget laki bini kena telan susu fresh..!! kelakar bila teringat balik. Hahahahaaii. Cara nya, suami isteri kena genggam 2 biji kurma setiap seorang, then masukkan dalam susu, blend & tuangkan dalam 2 cawan lepas tu minum. Terasa macam seekor kambing rodok masuk dalam tekak. Hahahah Wajib cuba..!




7.                   Buah Delima – Ini juga pemberian dari ibu mertuaku jugak, kalau nak harapkan menantu dia ni, pemalas betul nak cari. Bukan semua kedai buah ada ni. Leceh sikit nak makan sebijik-sebijik, tapi sedap jugak. Baik untuk kesuburan wanita.




8.                   Green Tea – Ini pun tunggu rajin baru buat. Selain baik untuk TTC, bole jugak untuk menurunkan berat badan. Nampak..? Tak payah la letak gula, kenyit-kenyit mata telan teh pahit ni.. Hahahaha




9.                   Anak Taugeh – Kalau ikutkan artikel yang aku baca, anak taugeh ni direbus & kita kena minum air rebusannya bermula dari hari pertama period sampai la hari subur.Apakan daya kawan korang ni acah acah je kalau buat kerja.. Poyo betul. Aku buat taugeh sendiri, tapi xrebus pun untuk minum hari2, aku buat makan dengan nasi je. Hehehe 




10.               Peria katak – Yes, i know. Bila sebut je peria mesti ada yang jelir lidah sambil bermonolog “eeii, pahit tu woi”. Tak pahit tak ubat la brader. Peria ni baik untuk wanita. Mengurangkan risiko untuk cyst & semua penyakit yang berkaitan dengan kilang rahim kita. For sure best for TTCians. Memula aku nak mengamuk jugak bila gigit peria ni, lepas tahu apa kebaikannya, dah jadi sayur wajib pulak .




11.               Jamu kampung – Aku dapat jamu ni dari makcik aku, dia buat sendiri. Salah satu bahan dalam jamu tu adalah manjakani. Makcik aku jadikan dia dalam bentuk pil bulat gentel-gentel .. Macam pil ciketek on tuuu... Untuk melancarkan darah , membersihkan Rahim, mengurangkan keputihan & bau keputihan, mengetatkan apa yang kena ketat tu. Dan aku rasa jamu ni berkesan. Hehehehehe...




12.               Air kunyit & telur kampung – Bila aku balik rumah mak aku, aku akan mintak mak aku buat air kunyit ni. TQ mak..! Rasa dia..? Manis-manis hanyir.. Ok laaa~ Untuk mengecutkan Rahim yang mengembang & also baik untuk kesuburan. Mak buatkan air ni masa aku baru-baru lepas keguguran. Aku akan story mory pasal keguguran aku kat entry lain yah.




13.               Susu Kambing Anugerah – And again, susu kambing ni pun pemberian dari Mummy, my mother in law.. Tak ada bau kambing langsung ok..! Lega. Aku campurkan debunga kurma tu dengan susu ni la. Sedap..! dah habis stok, kena pergi cari la ni.




14.               Susu Al-Khishbun & Hulba – Aku beli thru online, mula-mula memang meragukan, sebab tak pernah dengar kan..? siap Tanya dengan KMM lagi uolz.. Selidik punya selidik, so semuanya ok. Aku pun beli la. Aku tak ada masalah dengan susu2 ni, so ok je. Kuat rasa herba dalam susu ni, tapi aku rasa sedap..! botol 1staku minum ikut waktu, sebab sedapkan..? so, aku belikan jugak untuk incik Emsem aku. Mana boleh seorang je kena experiment macam-macam, dia pun kena! Ahahah.. Aku belikan dia perasa Cafe. Selain tu, para isteri ke beli sekali dengan Hulba, serbuk campuran herba arab untuk membersihkan Rahim.. meregularkan period. Makan tu kena campur dengan kurma atau dngan madu.  Alhamdulillah, berkat usaha & izin Allah, baru try sebotol setengah, aku pregnant. Tapi rezeki tu milik Allah, aku gugur bulan ke 2.. iolz redho.

 
Cukup dengan usaha menelan pelbagai benda untuk dalaman, aku still bertawakal dengan berurut. Setakat ini aku dah cuba berurut dengan 6 orang tukang urut di merata tempat. Ada yang best, ada yang sakit gila & ada yang tak rasa apa-apa. Hihihi..


1.                   Klang – Makcik ni orang panggil Bibik. Mungkin sebab area tu ramai yang berketurunan Jawa. Urutan dia best, sakit sikit je. Kakak sepupu aku yang kenalkan aku dengan Bibik. Adik ipar dia mengandung selepas urut dengan bibik, even ada saudara yang dah 15 tahun belum dikurniakan anak, lepas berurut dengan Bibik, sekarang dah ada anak sulung. Alhamdulilah, dengan izin Allah. Aku pergi sekali je, memang ada rasa perubahan. Tapi aku tak ada masa nak pergi berurut lagi. Jauh la.

2.                   Rawang – makcik ni duduk area rumah mak aku je. Urut dengan dia mula-mula tu sesaja nak sedapkan badan. Tapi alang-alang tu dia repair la apa yang patut, hahaha. Sakit oi, kuat tangan makcik ni. Umur dah 50 lebih, ke 60..? aku pun tak sure, tapi...!! baru lepas melahirkan anak bongsu dalam awal tahun ni.. Gempak tak gempak makcik ni.. Salute..!

3.                   Segambut – Yang ni makcik aku sendiri.. Aku panggil Bik Som.  Lepas keguguran hari tu baru aku tau yang Bik Som ni rupanya boleh mengurut Rahim.. Awat tak bagi tau awai2..!! Klo tak awal2 aku dah mintak dia urut.. Ceh.. Bik Som urut pun best, adalah sakit jugak. Dia la yang buat jamu kampung tu.Selain jamu untuk wanita, dia pun ada jamu yang boleh mengurangkan bau badan..! memang berkesan. Berpeluh kuat macam mana pun, bau badan tak ada pun.

4.                   Kuala Kubu Bharu – Mummy yang bawak aku pergi berurut rumah makcik ni, masa tu baru je berapa bulan selepas kahwin. Dia urut sakit oi, ayat yang aku ingat sampai sekarang “haaaa, nak jadi dah.. nak lekat dah ni”.. hahahaha tak lama lepas tu, terus aku kibarkan bendera jepun. Adoi, tak ada rezeki lagi.

5.                   Office – Kat opis aku ni ada seorang kakak cleaner dari seberang yang tahu mengurut. Time lunch je ada la orang yang booking servis dia tu. Dia ni lagi sorang, kemain sakit lagi dia tekan. Oiii.. tak tahan. Masa dia urut tu, aku still tak confident lagi yang aku pregnant. Kalau ikut yang dia kata, aku dah pregnant 2 bulan setengah.  Masa tu laa.. Hurmm.. nanti aku cerita ya. 

6.                   Keramat AU3 – Last but not least, aku berurut dengan Nek Mah. So far dalam ramai-ramai pengurut tu (lantak la bahasa), Nek Mah is my favourite. Dia peramah, & comel sangat..!! Kalau korang jumpa dengan dia, nanti korang tau la.. Hahaha Aku dapat tau pasal Nek Mah ni dari internet, kalau ikut testimony, Nek Mah ni memang power. Ramai yang dah mengandung, dengan izin Allah.  Setakat ni belum sampai rezeki aku lagi, tapi aku memang berniat nak pergi berurut dengan Nek Mah  again. Nek Mah urut rasa macam biasa-biasa je, rasa kuat sikit bila dia urut bahagia Rahim.. Kalau kat area lain tak terasa sangat, ye la, Nek Mah dah berumur 70 tahun dah pun kan


Setakat ni, aku tak ada plan nak cari tukang urut lain pulak, maybe im gonna continuing dengan Nek Mah. Komen-komen biasa yang diaorang bagi is peranakan senget, Rahim xcantik & bengkak, peranakan jatuh & tak kuat. Cuma Nek Mah & makcik kat opis tu je yang kata peranakan aku kuat, cantik & tak senget. Everything is normal, just rezeki je belum sampai. Apa-apa pun aku berserah pada Yang Maha Mengetahui.

Rezeki itu milik-NYA, siapalah aku nak pertikaikan. Tawakal sudehh..

Ada jugak yang Tanya, kenapa aku tak pergi ke klinik pakar wanita, jumpa doctor. Aku pernah pergi dah, doctor tu macam nak tak nak je layan aku. Katanya masih awal, yes, masih awal la nak cegah apa yang patut. Nanti dah kena macam-macam baru nak terhegeh-hegeh kah? Setakat ni 2 kali scan, doctor kata semua normal, tak ada apa-apa penyakit. Harapnya begitu la. Mintak dijauhkan uii..

Penat pulak buat karangan juta-juta perkataan nih..! Ahaai.. Itu je dapat aku share, tak sehebat pengalaman orang lain. Thanks baca sampai habis..!! Sayang korang.. Kalau ada apa-apa pendapat, please comment yah.. Ai tunggu ni toqq..
Kbhai

Salam..

 
YA ALLAH YA TUHAN KU, KASIHANILAH HAMBA MU INI. KURNIA KAN LAH KAMI ZURIAT YANG SOLEH DAN SOLEHA,
HANYA PADA MU TEMPAT AKU MEMOHON & BERSERAH
SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.
AMIN

30 comments:

  1. hai rura... baru sempat nk buat kunjungan balas.. rura ada komen kat blog sy dulu.. salam perkenalan n sama2 kita usaha yer....hihi...

    ReplyDelete
  2. Hai rura, boleh dptkan no tel nek mah keramat 2 x?sy da try jugak buah zuriat, folic asid, svsu khisbun tp x de rezeki gak lg. Dlm ikhtiar nk berurut sekarang. Tq rura ulim.amry@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. salam Rura.. sy tengah cari tukang urut.. boleh dapatkan no Nek Mah? terima kasih. haslinaveil@gmail.com =)

    ReplyDelete
  4. KALO NAK ADA SEORANG PAKCIK NI CALL DIA DULU DAN GTAU MASALAH KITA.DIA KAT KDAH..TP SY KWSN TIMUR...SY CMA CALL MENANYA ... AKHIRNYA X PERLU DTG SANA,DIA CUMA POSKAN AIR UBAT PADA SAYA UTK DIMINUM .NAMA PUN RAWATAN ISLAM KAN...JADI DIA CKP TERSERAHLAH NAK BG BERAPA PUN SEIKHLAS HATI (MAHAR) ... ALHAMDULILLAH BERKAT MINUM AIR TU SY LEKAT ..SY PREGNANT ..SAYA DPT TAHU PUN DARI SEORANG RAKAN YG SAYA BAHASAKAN AKAK ,..DIA KAT PKCIK DIA DH RMAI YG BJAYA BUAT RWTN ISLAM.TP TGK SMADA PERLU DTG ATAU X ..G PUN SY 2 THN X ADA..DIA CKP X PERLU DTG ...DGN IZIN ALLAH JUGA SAYA MENGANDUNG ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye shah.. bole emailkn sy contact number...? holwatun_masrura27@yahoo.com

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Shah, boleh sy daptkan contact number pakcik tu? Thanks

      Delete
  5. Rura. ...bole tolong emailkn no nek mah?
    norzaidawati@terrain.com.my

    ReplyDelete
  6. rura...boleh emelkan no nek mah tak?tq

    ReplyDelete
  7. Rura..boleh emailkn saya no tel nek mak x?
    eiyraloliee97@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. Salam, bleh emailkan sy no nek mah. Thankss
    shawn_on7@yahoo.com

    ReplyDelete
  9. salam,
    sis boleh saya dapatkan no contact nek mah. dhun_xzone@yahoo.com
    tq

    ReplyDelete
  10. Salam Rura.. boleh x sy nk no hp nek mah? tq.. :)

    Emailkan dekat - ayuscomeyh@gmail.com

    yusranorzan.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. Sayangku semua.... sy dah forwardkan no nek mah, check email masing2 ye... TQ

    ReplyDelete
  12. Salam sayang, boleh tak saya mintak alamat dan contact Nek Mah? email saya fannbnn@gmail.com..thankiusss

    ReplyDelete
  13. salam rura, congrats yer. bleh emailkan sy no tel nek mah, m_jamesamin@yahoo.com

    ReplyDelete
  14. sis bley x dptkan no nek mah..mun_uly@hotmail.com

    ReplyDelete
  15. salam sis..boleh emailkan sy no nek mah..
    shazwaneq@gmail.com

    ReplyDelete
  16. As salam Rura,bole emailkan saya no.contact Nek Mah,terima kasih.Email shuemie0706@gmail.com

    ReplyDelete
  17. salam uolz... sorry sgt2.. lambat sgt reply... ada yg sy sempat email.. ada yg xsempat... so ni num nek mah k.. 0192508547... btw, Doakan anak sy diberi kesihatan yang sempurna ye..? skang still dlm hosp sejak 2bulan lepas..dr lahir lagi... sy juga akan doakan uolz akan dkurniakan anak yg soleh soleha.. tq

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. As salam...boleh wasapkan saya no nekmah...ni no saya 01111139867...msg pn xpe email pun boleh
    norshafiladiana@gmail.com
    ..time kaseh byk2...

    ReplyDelete
  21. boleh bg contact nmber nek mah?
    nurisnida123@gmail.com 013 3903238

    ReplyDelete
  22. Bole dptkn no fon nek mah ? Email sy xansa83@yahoo.com atau fon sy 0137001419

    ReplyDelete
  23. Salam Puan. Boleh emailkan pada saya nombor telefon Nek Mah.
    Email saya : amiebuttergurl@gmail.com
    Thank u.

    ReplyDelete
  24. Hi Rural, can u please email or text me Nek Mah contact? To yip7899@gmail.com. Thank you very much

    ReplyDelete
  25. Hi Rural, can u please email or text me Nek Mah contact? To yip7899@gmail.com. Thank you very much

    ReplyDelete