Sunday 13 April 2014

Alhamdulillah

Salam,

Lama sangat rasanya aku tak jengah  blog yang satu ni, pemilik blog ni mmg femalas laaahh...  Btw, aku harap semua TTCians kat luar tu semua sihat belaka & sentiasa dengan harapan baru..!

Okay dear, aku dah tak reti lagi nak madah berhelah. Jari mak dah tumpul nak, kesian aku... hikhik..
Alhamdulillah, sujud syukur kepada Allah. Allah yang Maha Besar lagi Maha Penyayang. Tiada Tuhan selain Allah. Aku telah diberikan peluang untuk hamil, dan sekarang kandungan aku dah pun berusia 5 bulan lebih.  Mintak jasa baik kawan-kawan semua doakan kandungan aku selamat sehingga dilahirkan & anak aku membesar menjadi seorang yang beriman. Amin.

Bermula dengan tawakal berurut dengan Nek Mah, macam biasa bulan seterusnya period datang menjengah dengan jayanya. Apa yang menambahkan stress aku, period tu datang pada tarikh ulang tahun perkahwinan aku yang pertama. Baru je jemah nak berangan konon-konon nak buat UPT & mengharap double line. Nak bagi hadiah 1st  anniversary kat incik emcem kate nye..! Akekekeke... Sekali , bendera jepun. Tak pe la, Alhamdulillah. Atleast period aku back to normal kan..? Lagi pun masa aku pegi berurut tu , memang dah timing nak period dah.. Haha

Selama masa period tu aku agak emosi terlebih, mungkin sebab terlalu berharap, nak pulak memikirkan usia perkahwinan yang dah mencecah setahun. Kesian dengan incik emcem. Macam biasa jugak period delay. Untuk aku, period delay sampai seminggu tu memang common dah omputih kata. So, aku tak letak harapan yang tinggi. Cuma kali ni aku usaha gigih sikit. Aku cari waktu subur aku dengan gunakan OPK. Kalau dulu femalasss, tapi mase tu selang sehari aku check. Subur ke tidekkk. Kikiki

OPK - gambar hiasan ehsan pokcik google

Selepas period delay beberapa hari, aku sesaja menggatal guna OPK. Almaklum stok banyak. Beli online kan murah je, RM2 sebatang.. hahah tengok2 double line. Aik..? bukan ke waktu subur aku dah lepas..? Kenapa double line..? Lagi pun aku dah delay period, tak kannnnn la subur 2 kali. Sebab perempuan ni subur sekali je dalam 1 circle. Terdetik dalam hati, mengandung kah aku..??? hahah


double line..?????

Banyak dah yang aku baca dalam forum & blogs yang kata OPK ni boleh detect pregnancy jugak selain kesuburan. Tapi aku tak mo dah gelojoh lagi, nanti kuciwa, tersungkur bawah tangga, nangis sampai gigil-gigil. Ok, aku tipu bab tu.

So, aku decided nak tunggu lagi 2 minggu sebelum aku try UPT. Sementara tunggu 2 minggu, aku buat OPK banyak-banyak sebab syok tgk double line.. kahkahkah... Tiba masa buat UPT, hati mula resah gelisah. Nerbes mak..! Resultnye faint line, Nampak macam double tapi faiinnttttt... Still was-was disitu, so memandangkan perut pun selalu macam cramp je. Kadang-kadang rasa meja goyang-goyang, nak pitam kononnya. So, aku gagah ajak En.Emcem pergi jumpa gynea.

Aku cerita semuanya dengan gynea, UPT tu aku dah buat sendiri. Gynea cadangkan aku buat blood test je terus. Buntang mata aku. Kena sedut darah pulak dahhh... Result dapat beberapa hari kemudian, tu pun aku yang Tanya, baru la diorang nak buat kat lab. Sabo je lah. Esoknya i gotta call.

Cik misi : Salam, Puan Rura ke..? Saya dari Tunku Azizah Maternity Home.
Aku         : Ye saya. Kenapa ye..? (sopan kan..?)
Cik misi : Puan kerja kat mana ye..? Luar ke office..?
Aku         : Ha..? (pelik ni) Office je.
Cik misi : Puan, regarding to your blood result. Tahniah ye puan, puan sah mengandung. So, puan jangan buat kerja berat lah ye. Kandungan masih awal lagi ni.
Aku         :  Alhamdulillah, betul ke ni saya pregnant..?
Cik misi : ye puan, puan sila datang klinik lusa. Kami nak buat check up.
Aku         : Ok, tq.  Betul ni ea saya pregnant.
Cik misi : ye, betul.

Nampak tak ketakpercayaan aku di situ..? Ahaaaii

Siapa sangka, rupa-rupanya itu lah period circle yang terakhir sebelum aku di beri cuti dari period selama 9 bulan. And tarikh anniversary itu lah jugak yang menjadi rujukan doctor untuk tentukan tarikh jangkaan aku bersalin nanti. Ketentuan dari Allah adalah yang terindah kan..? Syukur.

Agak berdrama sikit aku hari tu, menangis gembira. Sengih sorang-sorang. Tak sabar nak bagitau En.Emcem. tapi rupa-rupanya dia yang tahu dulu dari aku. Sebab cik misi call dia, baru call aku. Henpon mak tak dijawap katenye.. Tak menjadi seperais kite, ceh,..!!

Terasa berterima kasih jugak dengan Nek  Mah. Aku tak kata yang Nek Mah lah penyebab aku berjaya hamil. NO. Allah temukan aku dengan Nek Mah sebagai perantara . Segalanya terjadi dengan izin Allah. Nek Mah pun berpesan perkara yang sama, andai ada rezeki aku, bersyukur pada Allah, kerana DIA MAHA PENCIPTA. Allahu Akhbar. Saya suka Nek Mah..!! haha

Dalam 5 bulan hamil ni ada jugak tragedy yang berlaku pada aku & kandungan, tapi itu akan aku ceritakan dalam entri yang lain. Kalau tak, minggu depan baru kau habis baca untuk 1 entri ni je. Hehehe

To all TTCians, don’t give up sayang. Tiap orang Allah dah tentukan rezeki masing-masing. Cepat atau lambat je. Tawakal lah selagi boleh. Jangan cepat putus asa. Mungkin pengalaman aku just setahun jagung, tapi aku faham macam mana perasaan tu. 



Entri ni aku post bukan sebab aku nak berlagak or sesaja nak bagi tahu 1 dunia “Hey..! Aku Preggy..!!”.. Nope, just wanna share my happiness & to motivate kawan-kawan TTCians semua. Sama-sama kita berdoa & tawakal pada-NYA. Hanya DIA yang dapat bantu kita kan..?

Sampai sini saja entri kali ni. Aku akan share macam-macam lagi pengalaman & usaha-usaha aku in next posts.. Doakan kandungan aku semoga sentiasa dilindungi Allah ya..? thanks for reading.

Ailebiu..
Salam..


12 comments:

  1. Tahniah Rura!.. syukur alhamdulillah.. semoga semua dipermudahkan.. :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. salam rura, congrats yer. bleh emailkan sy no tel nek mah, m_jamesamin@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. Slm. Blh tlg emailkan no tepon nek mah? My email: royliza@kl.tis.edu.my. Jazakallah....

    ReplyDelete
  6. Salam sis...blh emailkn sy no tel nek mah...? Email sy ye bvzaitun@yahoo.com ....tq ye

    ReplyDelete
  7. salam sis, boleh sharekan no tel nek mah? email sy farahananadzar@gmail.com

    tq sis..

    ReplyDelete
  8. salam uolz... sorry sgt2.. lambat sgt reply... ada yg sy sempat email.. ada yg xsempat... so ni num nek mah k.. 0192508547... btw, Doakan anak sy diberi kesihatan yang sempurna ye..? skang still dlm hosp sejak 2bulan lepas..dr lahir lagi... sy juga akan doakan uolz akan dkurniakan anak yg soleh soleha.. tq

    ReplyDelete
  9. Salam dear RuRa. Tqvm coz sudi share nekmah ctc no. Besar harapan sy tuk usaha dapat zuriat. Sy doakan anak awak dberi kesihatan berpanjangan dan dpermudahkan segala urusan awak. Tq.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete